Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

Jangan Ambil Mudah Pemakaian Tali Pinggang Keledar

Kongsi maklumat ini
Tags

Pakai Tali PinggangKuala Lumpur – Keselamatan nyawa pengguna jalan raya terjamin 60 peratus apabila mereka memakai tali pinggang keledar, demikian menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Ketua Pengarahnya Prof Dr Wong Shaw Voon berkata penggunaan alat keselamatan itu berkesan mengurangkan risiko kematian dan berfungsi menahan penumpang agar tidak tercampak keluar dari kenderaan mereka apabila terdapat momentum yang menghentak kuat semasa kemalangan.

“Kecederaan parah sehingga mengakibatkan kematian biasanya berlaku disebabkan penumpang mengalami hentakan kuat dan tercampak dari posisi asal mereka.

“Konsep penggunaan taling pinggang keledar sama juga dengan pemakaian topi keledar bagi pengguna motosikal,” katanya.

Sejumlah 20,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari pertama ‘Ops Selamat 7’ yang dilancarkan pada 10 Julai lalu dan mencatat purata jumlah kematian lebih tinggi iaitu 22 orang sehari berbanding 13 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, dilaporkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan bilangan terbesar yang maut dengan 94 kes manakala kereta sebanyak 35 kes.

Wong berkata sikap orang ramai yang menganggap pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang remeh adalah penyumbang utama kepada peningkatan kadar kematian akibat kemalangan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.