Kiriman pada: Fri, Dec 11th, 2015

Jangan beri peluru pada pembangkang

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan UMNO hari ini meminta seluruh ahli UMNO supaya tidak memberikan ‘peluru kepada pembangkang untuk menembak UMNO’, yang akhirnya akan memusnahkan parti.

Wakil UMNO Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin, berkata sebaliknya, anggota parti perlu bersama-sama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kepimpinan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan mengukuhkan UMNO.

“Marilah kita perbetulkan keadaan ini. Jangan tunggu keadaan sudah terlambat. Kita yakinkan rakyat bahawa UMNO masih menjadi harapan mereka,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Shahaniza yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, berkata yang paling penting sekarang adalah bagaimana mencari titik persamaan untuk menjernihkan kekeruhan yang menyelubungi parti.

Sementara itu, wakil Pergerakan Wanita UMNO, Noraslina Zainal Abidin dalam perbahasannya turut merayu supaya ‘keluarga besar UMNO’ itu segera mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

Menzahirkan rasa hormat kepada pemimpin utama parti, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sembrong, Johor itu dengan penuh kiasan berpantun memohon pucuk pimpinan parti kembali bersatu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.