Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Jangan berwalikan DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

Abdul-Hadi-Awang_pas_dap_600Tanpa menyebut pihak mana, beliau berkata, hanya mereka yang tidak mempunyai kefahaman dan kemanisan dalam perjuangan Islam serta fadilat sanggup melakukan perkara itu berikutan tidak dapat membezakan di antara kawan dan wali.
“Boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman.
“Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali,” katanya dalam tulisannya yang disiarkan dalam Harakahdaily hari ini.
Tulisan Abdul Hadi itu disiarkan di tengah-tengah kemelut sekumpulan pemimpin Pas yang kalah dalam muktamar lalu yang bergabung di bawah Gerakan Harapan Baru, mahu menubuhkan parti baharu bagi menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang.
Abdul Hadi berkata, Pas yang ditubuhkan pada 1951 oleh para penggerak Islam daripada ulama, ilmuwan pelbagai bidang dan tokoh masyarakat tujuannya untuk menyambung perjuangan Islam, berdakwah sehingga berpolitik di samping meneruskan gerakan Islah serta Tajdid.
Katanya, Pas sebagai kumpulan yang ditetap oleh Allah dengan segala sifat dan cirinya di dalam al-Quran serta ditafsirkan oleh Rasulullah sehingga tidak boleh dilakonkan atau dikelirukan.
Beliau menegaskan, mereka yang ikhlas bersama Pas dari semua peringkat dan lapangan bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan berhubung dengan Allah siang dan malam termasuk mereka yang dianggap bodoh tetapi bodohnya tidak lupakan Allah siang dan malam diikuti yang miskin dan bangsat (dipandang hina kebanyakan umum) menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan.
“Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah.
“Mereka yang berasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan Pas.
“Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti Pas daripada awal dan hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia. Sesiapa yang tidak istiqamah di atas akidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jemaah,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sesiapa yang cuba mengubah Pas daripada ketetapan Allah pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga.
“Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon tambahannya,” katanya sinis.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.