Kiriman pada: Mon, Jul 13th, 2015

Jangan Buang Sampah Dari Kenderaan

Kongsi maklumat ini
Tags

chgxgPutrajaya – Walaupun hanya satu cebisan kecil namun siapa sangka bahawa plastik akan mengambil masa lebih 500 tahun untuk terurai manakala proses penguraian satu puntung rokok pula mengambil masa 50 tahun.

Fakta tersebut tidak diketahui umum bahawa ia merupakan antara punca longgokan sampah yang semakin kritikal di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste Corporation (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor menasihatkan orang ramai yang akan memulakan perjalanan sempena Aidilfitri, agar tidak membuang sampah khususnya beg plastik makanan dan puntung rokok melalui tingkap kenderaan.

Beliau berkata sampah ringan seperti beg plastik dan tisu yang dibuang dari kenderaan bergerak berkemungkinan hinggap pada cermin kenderaan lain dan membahayakan pengguna kerana ia akan mengganggu pandangan dan pemanduan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.