Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Jangan cuba guling kerajaan melalui perhimpunan jalanan

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALID_ABU_BAKAR_310715_TMINAZIRSUFARI_01KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi ingatan kepada penganjur Bersih 4.0 supaya memastikan perhimpunan yang bakal diadakan hujung bulan ini tidak tersasar daripada matlamat asal.

Menurutnya, pihak polis akan mengambil langkah pencegahan jika didapati perhimpunan jalanan yang bertujuan mendesak diadakan pilihan raya bebas itu dijadikan wadah untuk menggulingkan kerajaan.

“Itu sebabnya saya bagi ingatan kepada penganjur BERSIH, supaya berhati-hati kerana mereka sekarang ini bukan setakat hendak menganjurkan pilihan raya bebas; sudah tersasar tujuannya dan ke arah menjatuhkan kerajaan tetapi bukan melalui perhimpunan jalanan.

“Kami akan mengambil langkah pencegahan; jangan ingat kita akan berdiam diri,” kata Khalid.

Tambahnya, polis masih menantikan notis lengkap daripada penganjur perhimpunan.
Dalam perkembangan sama, Khalid turut meminta penganjur Perhimpunan BERSIH 4.0 agar memilih lokasi yang lebih sesuai untuk menempatkan jangkaan sekitar 100,000 peserta yang bakal menghadirinya.

Katanya, Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan memandangkan ia sedang disiapkan untuk sambutan Hari Merdeka.

Penganjur perhimpunan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ‎sebelum ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu keselamatan pada sepanjang penganjuran perhimpunan Bersih 4 yang dijadual pada 29 sehingga 30 Ogos ini.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, paling penting keselamatan rakyat terjamin dan lalu lintas di ibu kota terkawal pada hari berkenaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.