Kiriman pada: Sat, Aug 8th, 2015

Jangan dengar hanya suara pembodek

Kongsi maklumat ini
Tags

TPM_180914_TMIAFIF_007PAGOH: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan barisan kepimpinan parti supaya tidak hanya mendengar suara pembodek dalam menilai situasi politik semasa.

Sebaliknya, tegas beliau, seseorang pemimpin perlu lebih bertanggungjawab mengambil kira pandangan semua pihak walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.

“Kadang-kadang kita dikelilingi oleh penyokong, ‘It’s okay, sir, things are so good’, ‘don’t worry, sir, everything is okay, sir, yes, sir,” kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh, Johor.
Pada majlis sama, Muhyiddin turut menegaskan agar UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga hari ini.

Katanya walau apapun yang berlaku, martabat UMNO perlu dimuliakan kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan parti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.