Kiriman pada: Sat, Jan 9th, 2016

Jangan Guna Landasan Politik Untuk Kepentingan Perniagaan Dan Peribadi

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ11_210115_ZAHIDKuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu ahli politik yang lebih mengutamakan perniagaan serta kepentingan peribadi berbanding khidmat kepada rakyat untuk berundur daripada pentas politik.

Beliau berkata sikap segelintir pemimpin dan anggota politik itu merosak dan mencemar nama baik parti serta negara.

“Elaklah, agar tidak berlaku korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Harus ada titik pemisah kerana negara akan rosak kalau ada golongan seperti ini,” katanya semasa merasmikan Program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata golongan seperti ini menjadi punca kepada pandangan negatif rakyat kepada ahli politik dan anggota kerajaan, serta menjejas peluang kepada golongan usahawan sebenar, terutama usahawan muda yang mahu bertapak dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata tugas dan tanggungjawab utama pemimpin serta anggota parti politik adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, dan bukan untuk menjadikan parti politik sebagai platform untuk mendapat lebih banyak tender kerajaan.

“Beri peluang kepada usahawan muda. Cukuplah… jangan rosakkan nama orang politik,” katanya.

Beliau meminta mereka yang berpolitik supaya memberi sepenuh tumpuan kepada politik manakala yang berniaga pula memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan masing-masing.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.