Kiriman pada: Mon, Mar 2nd, 2015

Jangan Gunakan Alasan GST Untuk Naikkan Caj Penyenggaraan

Kongsi maklumat ini
Tags

G-300x231SHAH ALAM – Pihak pengurusan kondominium dan pangsapuri tidak boleh menggunakan alasan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk menaikkan caj penyenggaraan kepada penghuni.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ini kerana caj penyelenggaraan dikecualikan daripada GST yang akan dilaksanakan bermula 1 April.

“Dalam perkara ini, kita tidak boleh ambil tindakan tetapi pengurusan tidak boleh ambil kesempatan dan membebankan pengguna dengan menaikkan yuran penyenggaraan. Jika ini berlaku, penduduk kena bertindak dengan membuat bantahan kepada pengurusan di komuniti mereka,” katanya.

Media semalam melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia, Tan Sri Eddy Chen bahawa akan berlaku peningkatan caj penyenggaraan kondominium dan pangsapuri lebih 10 peratus bermula April ini.

Katanya, peningkatan itu bagi memenuhi kos operasi yang semakin tinggi selepas pelaksanaan GST.

Dalam pada itu, Khazali berkata, pengurusan juga tidak boleh memberi alasan kenaikan yuran penyenggaraan kerana perlu membayar perkhidmatan lain yang dikenakan GST seperti kontraktor dan juruelektrik.

“Alasan itu tidak kukuh kerana bukannya mereka menggunakan perkhidmatan tersebut dengan kerap,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.