Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Jangan Jadi Ejen Sebar Fitnah

Kongsi maklumat ini
Tags

agdjdKUANTAN – Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengingatkan ahli pergerakan itu supaya lebih sensitif dan menapis setiap maklumat diperoleh menerusi media sosial dan Internet agar tidak menjadi ejen penyebar fitnah.

Beliau berkata, berita melibatkan pemimpin negara dan kerajaan, contohnya, perlu diteliti kesahihan sebelum disebarkan kepada pihak lain menerusi media sosial kerana ia boleh menyebabkan keruntuhan masyarakat dan negara.

“Fitnah bukan sahaja boleh memecahbelahkan rakyat tetapi turut meruntuhkan sesuatu bangsa dan negara. Saya harap di bulan mulia ini, kita menjaga ukhwah yang terjalin antara kita dan sama-sama berdoa agar kepimpinan negara terus diberi kekuatan.

“Bukan mudah untuk pemimpin negara menangani cabaran daripada bahaya fitnah tanpa sokongan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Tadarus al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Puteri Umno di Masjid Jamek Beserah di sini, semalam.

Mas Ermieyati berkata, masyarakat juga perlu lebih berwaspada apabila menggunakan media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApps bagi mengelak diri menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah.

Katanya, media sosial wujud adalah untuk dimanfaatkan bagi tujuan kebaikan dan bukannya menyebar fitnah.

“Kebelakangan ini, bukan sahaja hal-hal berkaitan politik diputarbelitkan tetapi ayat-ayat suci al-Quran juga diterjemahkan dengan salah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap umat Islam tidak mudah terperdaya dalam berkongsi sesuatu yang salah dan terpesong mengenai terjemahan al-Quran.

Sikap demikian katanya boleh memberi kesan dan imej buruk kepada umat dan agama Islam.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.