Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Jangan Jadikan Punca Perpecahan Umno

Kongsi maklumat ini
Tags

ghsjSERDANG – Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak dijadikan isu yang boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan anggota Umno.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu berkata, seluruh anggota parti perlu sedar bahawa soal melantik atau menggugurkan seseorang menteri merupakan kuasa mutlak Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri.

“Saya harap semua anggota Umno bertenang kerana yang pentingnya di sini bukan individu tetapi lebih utama adalah parti dan sebagai tanda sayang kita mesti bersatu di bawah satu kepimpinan untuk kemenangan parti secara keseluruhan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu manakala tempatnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sebelum itu mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.