Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Jangan Kita Menjadi Hakim Dalam Isu 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

mg_8120Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menjadi tumpuan pelbagai pihak. Ia hangat diperdebatkan terutama di media sosial. Dalam usaha mencari kebenaran, siasatan mengenainya giat dilaksana, oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bank Negara.

Langkah tersebut sekali gus menunjukkan kerajaan sememangnya bersunguh-sungguh mahu menjawab segala persoalan rakyat, Ia juga membuktikan kerajaan bersikap telus dan melakukan yang terbaik dalam menangani isu tersebut. Jestru itu dalam proses siasatan selesai kita harus memainkan peranan dengan tidak membuat sebarang spekulasi sebelum hasil siasatannya didedahkan.

Sebagai individu yang matang rakyat perlu menyerahkan isu 1MDB itu kepada pasukan petugas khas yang di tubuhkan, Ini kerana apa juga pertuduhan memerlukan kajian teliti oleh pihak yang arif, Biar pun rakyat mempunyai hak menyuarakan pandangan namun menjadi tanggungjawab kerajaan mematikan siasatan terus dijalankan untuk kepentingan umum.

Perkara itu selari dengan kenyataan pejabat Perdana Menteri yang mahu semua pihak mengelak daripada membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara, kerajaan serta UMNO berhubung isu 1MDB ini. Lebih lebih lagi siasatan mengenainya sedang dijalankan.

Sesungguhnya kita tidak harus menjadi hakim dalam isu 1MDB secara membuta tuli, Sebaliknya pastikan setiap maklumat hanya daripada sumber yang sahih dan boleh di percayai, Apa tah lagi kebelakangan ini maklumat palsu dan berunsur fitnah bertebaran di media sosial dan kemudiannya menjadi viral sahingga boleh menjejaskan nama baik negara.

Seharusnya setiap maklumat itu tidak diterima bulat-bulat tanpa di tapis terlebih dahulu. Apa yang membimbangkan media sosial terbukti menjadi medium yang paling pantas dalam penyebaran maklumat serta tomahan, terdapat banyak isu dalam negara ketika ini yang disebarkan oleh pihak tertentu hingga menjadikannya seolah-olah sahih.

Berbalik kepada isu 1MDB, Rakyat tidak perlu ragu dengan pasukan petugas khas bagi menyiasat segala tomahan yang di lemparkan keatas firma itu kerana ia di anggotai oleh mereka yang berkredibaliti, mereka terdiri dari Peguam Negara, Gabenur Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air tentunya kita mengharapkan kemelut ini segera berakhir dengan penyelesaian yang baik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.