Kiriman pada: Thu, Feb 9th, 2017

Jangan Leka

Kongsi maklumat ini
Tags

Lundu – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya jangan leka dan mengambil mudah saingan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, walaupun dijangka mampu mengatasi calon pembangkang, jentera BN perlu menjalankan tanggungjawab dengan serius bukan sahaja untuk memastikan kemenangan tetapi juga untuk mengetahui kehendak rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, parti pembangkang yang bertanding mungkin baharu menyedari kekuatan BN selepas Allahyarham Tan Sri Adenan Satem melakukan tugas cemerlang bukan sahaja di Tanjong Datu tetapi untuk seluruh Sarawak.

“Mereka serius atau tidak, itu kita tidak ambil peduli asalkan jentera kita menjalankan tugas dengan serius, terutama bagi membantu calon kita, Puan Sri Jamilah Anu berkempen, lebih-lebih lagi beliau tidak dapat keluar (rumah) bertemu rakyat.

“Pembangkang mungkin sudah sedar, keputusan pilihan raya lalu di kawasan Tanjong Datu menunjukkan sokongan terhadap BN terlalu kuat.

Itu mungkin antara sebab mereka tidak serius walaupun sudah hampir seminggu tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan Bumiputera, di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.