Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

Jangan Membazir Dengan Rokok Haram

Kongsi maklumat ini
Tags

vaperPendedahan mengenai perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir penghisap rokok elektronik, amat membimbangkan.

Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak pada usia remaja. Remaja kini lebih cenderung untuk mencuba rokok elektronik dengan alasan, ia tidak berbahaya berbanding rokok asli kerana tidak mengandungi tembakau.

Tetapi tahukah anda, nikotin turut terkandung dalam rokok elektronik? Ini menunjukkan rokok elektronik yang kononnya ‘selamat’, juga mampu merosakkan paru-paru dan memberi kesan terhadap perkembangan otak remaja.

Rokok elektronik ataupun e-rokok mula diperkenal di China pada tahun 2003 oleh seorang ahli farmasi bernama Hon Lik, Di Malaysia penularan rokok elektronik bermula pada tahun 2009 dan sahingga ke hari ini ia telah dijual secara meluas bukan sahaja internet bahkan di pasar malam.

Rokok digital itu dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama saperti menghisap rokok tembakau yang membezakannya ia tidak berasap tidak menghasilkan kabonmonaksida dan abu, Meskipun hanya mengeluarkan wap bukan asap saperti rokok biasa namum penghisap rokok elektronik tetap akan mendapat dos nakortine yang di perlukan.

Kajian oleh University Of Southern California, Amerika Syarikat menunjukkan 25% atau 1 daripada 4 remaja telah mencuba rokok eletronik, 40 remaja yang menghisap rokok eletronik tidak pernah menghisap rokok biasa, Kajian itu mencetuskan kebimbangan bahawa rokok eletronik telah mengujudkan kumpulan penghisap rokok baru yang boleh di terima masyarakat.

Bagi menarik lebih ramai pengemar rokok eletronik pelbagai perisa di cipta, Terbaru perisa ice cream padelpop dan vaco sasarannya sudah pasti anak remaja. Lebih membimbangkan ia kaum wanita turut menggemari rokok digital ini.

Hakikatnya terdapat pelbagai persepsi berhubung pengunaan rokok eletronik, Di sesetengah negara rokok ini di jual di farmasi-farmasi sebagai alat bantuan berhenti merokok. Di Amerika Syarikat persatuan pakar kesihatan awam menyokong penjualan rokok eletronik, Namun pada Julai 2009 pentadbiran makanan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat tidak mengalakkan pengunaannya.

Di Australia pula pengunaan rokok eletronik tidak di larang sebaliknya cecair rokok eletronik yang mengandungi nikortine adalah di larang.

Di Malaysia, kementerian kesihatan belum lagi membuat keputusan berhubung pengunaannya, Namun hari ini Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai Vapor adalah haram.

Menurutnya Mufti Wilayah Persekutuan, hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik kerana qiyas kepada rokok sebenar, kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri.

“Merokok satu pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah serta terdapatnya fatwa ulama yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini”.

“Justeru, kami berpendapat seperti itu juga. Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram,”

Mengikut pandangan, Ramai juga yang berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok.

“Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia”. kata Dr. Zulkifli

Walaubagaimana pun di maklumkan kementerian di jangka akan mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan kesan rokok elektronik kepada masyarakat secara lebih mendalam.

Apa pun keputusan kerajaan itu nanti sebolehnya kita janganlah terjebak dengan rokok tidak kiralah sama ada rokok eletronik atau pun rokok tembakau keduanya memudaratkan kesihatan bagi yang ingin berhenti merokok pilihlah jalan yang lebih selamat bukan dengan beralih kepada rokok elektronik.

Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor itu, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.