Kiriman pada: Tue, Mar 3rd, 2015

Jangan Membuka Aib Orang

Kongsi maklumat ini
Tags

aibElakkan daripada membuka keaiban saudara sendiri dan orang lain kerana ia merupakan sifat tercela dan boleh menyebabkan persengketaan. Kadang-kadang perasaan marah/hasad dengki/dendam menyebabkan seseorang membuka aib seseorang yang tidak disukainya. Adalah sebaiknya kita mengawal emosi dan kemarahan yang ada dalam diri kita.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya dari kesusahan-kesusahan akhirat,

Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Islam).” [1425]

Antara Faktor yang mendorong seseorang membuka aib:

– Dendam
– Marah
– Tidak puas hati
– Iri hati/Dengki
– Bergaul dengan orang yang suka mengumpat(ghibah)
– Menganggap diri lebih baik
– Tidak menghormati orang lain
– Cuba/Sentiasa mencari kesalahan orang lain

Antara Cara menghindar diri daripada sifat mencela orang dengan membuka aib mereka:

– Memaafkan agar jiwa lebih tenang
– Sedar bahawa membuka keaiban orang adalah berdosa
– Sedar bahawa tiada insan yang sempurna
– Sentiasa muhasabah diri
– Sedar bahawa kita sendiri juga pernah melakukan kesalahan
– Berusaha untuk tidak bergaul dengan seseorang yang suka menceritakan perihal orang lain
– Jangan mencari kesalahan orang lain

Dan adalah penting untuk tidak membuka keaiban diri sendiri dengan menceritakan kepada orang lain. Sentiasa berusaha untuk menjaga diri sendiri dan berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Tidak perlu menunjukkan anda baik, tapi cukuplah dengan melakukan perkara yang baik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.