Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Jangan Mudah Lihat Sesuatu Kejadian Dari Prism Perkauman

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAKRembau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat bertanya pada diri tentang mengapa ada antara mereka yang mudah terjebak ke arah perspektif perkauman bila sesuatu kejadian itu berlaku.

Mengambil contoh kejadian di kompleks Low Yat di ibu negara baru-baru ini, Perdana Menteri berkata ia adalah insiden biasa saja atau insiden jenayah yang hampir-hampir bertukar menjadi pergaduhan kaum.

“Inilah perkara yang ingin saya ingatkan kepada kita semua bahawa jangan mudah sangat kita melihat sesuatu perkara, kejadian atau peristiwa daripada prism perkauman.

“(Kerana) kecenderungan seperti ini boleh membawa kita dan negara dalam keadaan yang begitu genting dan menyebabkan kejadian yang boleh membawa kepada perbalahan yang serius antara kaum,” katanya.

Datuk Seri Najib berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2015 di Dataran Rembau.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar lebih berhati-hati dan “tidak membiarkan media sosial mengapi-apikan perasaan kerana ia boleh menjadi punca…kepada perbalahan”.

Sementara itu, Najib berkata sambutan rumah terbuka merupakan satu cabang atau wahana bagaimana rakyat negara ini boleh memupuk perpaduan nasional dan rasa kebersamaan dalam konteks membina negara bangsa.

Katanya, kepelbagaian yang ada dalam kalangan rakyat negara ini merupakan kekuatan atau cabaran yang harus dihadapi dalam mengikat kekuatan hubungan rakyat menjadi lebih jitu dan teguh.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.