Kiriman pada: Sun, Jul 5th, 2015

Jangan Persoal Kod Etika Pemakaian Di Pejabat Kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

shseMuar – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk pembangkang supaya tidak mempertikaikan kod etika pemakaian di pejabat kerajaan.

Beliau berkata perkara itu tidak wajar dipersoal atau dipolitikkan kerana tujuannya untuk memastikan warga negara ini bersopan, bermoral dan berdisiplin semasa berurusan di kaunter awam.

Kod etika berpakaian sedia ada bukan ditujukan untuk mana-mana kaum tetapi terpakai kepada semua dan isu itu tidak seharusnya diperbesarkan untuk meraih publisiti atau mempunyai kepentingan tertentu, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar.

“Pembangkang kalau tidak bersetuju mereka boleh memperkenalkan kod etika pemakaian itu (tidak sopan) di negeri diperintah mereka. Kita mahu melihat bolehkah orang awam memakai seluar pendek untuk berurusan atau untuk bertemu ketua menteri dan menteri besar mereka,” katanya Razali berkata demikian ketika diminta mengulas isu beberapa wanita termasuk wartawan dihalang memasuki bangunan kerajaan kerana tidak memakai pakaian sopan baru-baru ini.

Razali berpendapat tindakan itu adalah wajar dan sebagai cara mendidik kerana ketika ini tatacara berpakaian di pejabat kerajaan yang selaras dengan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, masih kurang dipatuhi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.