Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Jangan Pinggirkan Golongan Penyakit Mental

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIRIpoh – Jangan pinggirkan insan yang mengalami penyakit mental bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sebaliknya, Zambry berkata masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dengan memberi perhatian dan sokongan terhadap mereka.

“Adalah tidak wajar apabila ada pihak yang berpandangan negatif terhadap pesakit mental ini sedangkan mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan.

“Walaupun ada yang mengatakan mereka mempunyai ‘alam’ yang lain, jangan kita sisihkan mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama 150 kakitangan dan pesakit Hospital Bahagia Ulu Kinta di sini, malam tadi. Turut hadir Pengarah hospital itu, Dr Rabai’ah Mohd Salleh.

Zambry berkata bagi membantu pesakit di hospital berkenaan, kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.

“Saya datang ke sini bukan hanya untuk melihat mereka yang diberikan rawatan, tetapi juga kakitangan yang mengorbankan masa serta tenaga untuk mengendalikan pesakit.

“Ini adalah keprihatinan daripada kerajaan negeri terhadap kebajikan mereka. Saya harap pihak di luar akan turut tampil membantu,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.