Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

‘Jangan Takut Buat Aduan’

Kongsi maklumat ini
Tags

bfsykjPRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemain atau pegawai skuad negeri itu yang terlibat dengan rasuah.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beliau tidak akan berkompromi terhadap perbuatan mengatur atau menjual perlawanan.

Malah beliau turut meminta mana-mana pihak dan individu yang menghidu perbuatan itu memaklumkannya kepada pengurusan PBNS atau pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jangan takut membuat aduan kerana kita ada undang-undang yang melindungi pemberi maklumat.

“Rasuah hanya akan menjejaskan prestasi pasukan. Kita tidak mahu bola sepak dicemari perbuatan rasuah dengan mengatur atau menjual perlawanan,” katanya semalam.

Katanya sasaran skuad Rusa musim ini ialah untuk kembali bersaing dalam kelompok Liga Super musim depan bagi menjulang semula nama Negeri Sembilan dalam arena bola sepak tempatan.

Bagi musim ini, skuad Rusa dibimbing bekas jurulatih Sabah, Gary Michael Phillips, 52.

Skuad Rusa turut dibarisi empat import iaitu penyerang Joel Chianese, Taylor Regan (pertahanan) dan Andrew Nabbout (tengah) manakala seorang lagi ialah Alex Smith (tengah).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.