Kiriman pada: Sun, Dec 27th, 2015

Jangan tengok ‘headline’ saja, baca isinya – Salleh Said Keruak

Kongsi maklumat ini
Tags

Tajuk berita atau news headline sepatutnya berpaksi kepada inti pati sesebuah berita, kerana ia merupakan
prinsip etika kewartawanan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tajuk berita mesti diangkat daripada intro atau perenggan pertama sesebuah berita itu.

“Bagaimanapun, apa yang didapati sekarang, ada news headline yang mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, laporan atau berita disensasikan, penulisan dibuat di luar konteks.

“Saya membaca surat khabar dan melayari portal berita…rutin harian saya sejak dari dulu dan kini semestinya lagi di kementerian yang bertanggungjawab penuh ke atas media,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Dalam era masa kini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk, bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan dibuat, katanya.

Salleh berkata antara media massa dan portal berita, ada perbezaan dan kelainan pendekatan, bagi menarik perhatian pembaca, dan beliau perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk news headline yang sensasi, kontroversi, spekulasi dan provokasi.

“News headline biasanya ditentukan oleh editor dan bukannya wartawan atau penulis yang tertera by-line pada laporan itu, maka, pemilihan sesuatu news headline itu bergantung kepada justifikasi dan integriti seseorang editor.

“Setiap editor mempunyai asas, cara dan pendekatan masing-masing, lazimnya editor memilih sesuatu tajuk yang dapat ‘menjual’ suratkhabar, justeru, editor akhbar atau pengendali portal berita perlu lebih berhati-hati kerana mereka bertanggungjawab penuh ke atas apa yang diterbitkan,” katanya.

Pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada tajuk atau news headline saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama dengan tajuknya, pembaca juga harus melakukan self censorship, katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.