Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Jangan Terkeliru, Perjuangan Demokratik Tetapi Membelakangkan Undang-Undang

Kongsi maklumat ini
Tags

Himpunan SuaraRakyat505Komplot jatuhkan Kerajaan, Gempar dan mengejutkan, Itulah tanggapan pertama diantara kita apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapatnya gerakan tersebut. Dalang rancangan itu dikatakan mendapatkan akuan bersumpah daripada anggota Parlimen untuk menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui ‘jalan belakang’.

Langkah itu sama sekali mejejaskan hubungan antara kedaulatan undang-undang dan demokrasi yang menjadi teras yang dijunjung selama ini. Ini kerana cara yang sah untuk menukar kerajaan adalah menerusi pilihanraya dan usaha selain itu di kira salah daripada segi undang-undang dan perlembagaan negara.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Seri Dr Mohd. Salleh Said Keruak, Sebarang hasrad untuk menukar kerajaan selain menerusi proses pilihanraya dan bersekongkol dengan pihak tertentu untuk berbuat demikian merupakan tindakan yang salah dan tidak demokratik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menjelaskan jika mana-mana orang dan parti politik cuba menurunkan kerajaan sedia ada tanpa mengikut perlembagaan dan undang-undang ia merupakan kesalahan serius. Persoalannya mengapa gulungan ini begitu berani, Adakah mereka merasakan rata-rata masyarakat kita terpersona dengan istilah demokrasi ala mereka.

Adakah mereka tahu hidangan dasar politik dan ekonomi mereka kepada rakyat ketika pilihanraya tidak mampu untuk di pilih bagi membentuk kerajaan, Ini lah masanya untuk mengukur sejauh mana kematangan kita berpolitik, Sewajarnya sebagai rakyat yang waras kita perlu menolak kelompok ini.

Jika mereka berani mengenepikan saluran sebenar, logiknya adakah demokrasi yang berpaksi sifat keluruhan perlembagaan yang membawa kesejahteraan kepada negara dan mengekalkan kestabilan politik akan di ikuti mereka.

Kecelaruan politik di negara jiran Thailand, kemelut politik yang tidak berkesudahan perlu kita renungi, Masalah bermula apabila maksud demokrasi di kelirukan oleh parti politik yang menyebabkan dua kumpulan yang bertentangan cuba menghapus antara satu dengan yang lain akhirnya tentera melancarkan rampasan kuasa dengan menamatkan pemerintahan awam.

Sehubungan itu, demi masa depan negara, amat penting bagi kita membezakan anatara politik dan demokrasi ini kerana kedua duanya mempunyai pengertian berlainan. Parti politik di bina berlandaskan perbezaan, sementara demokrasi merujuk kepada proses rekonsiasi perbezaan tersebut.

Ingatlah sebagai rakyat kita bertanggungjawab agar perlembagaan negara tidak ditafsir mengikut kehendak demokrasi yang tidak berpendirian dan tidak berprinsip.

Janganlah terpesona kepada perjuangan yang kononnya mahu membentuk masyarakat demokratik, tetapi membelakangkan perlembagaan dan undang-undang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.