Kiriman pada: Sat, Dec 24th, 2016

Jangan Terperdaya, Pembangkang Hanya Tahu Tabur Janji

Kongsi maklumat ini
Tags

Semporna – UMNO Bahagian Semporna mengingatkan penduduk supaya jangan mudah terperdaya dengan parti pembangkang yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak berupaya mengotakannya dan membawa perubahan ke arah kebaikan rakyat.

Pemangku Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata penduduk perlu melihat kepada kemampuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang terbukti berjaya membangunkan daerah ini dan negeri ini.

“Kerajaan BN mempunyai perancangan bukan sahaja jangka pendek malah sederhana dan panjang yang telah terbukti sekian lama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Semporna agar tidak salah dalam memilih parti pada PRU ke-14 akan datang demi memastikan kesinambungan pembangunan di daerah ini.

“Kita di Semporna, jangan kita keliru dan terpengaruh, mereka (pembangkang) hanya (tahu tabur) janji-janji sahaja tetapi kemampuan mereka untuk mengatasi dan memenangi kerusi sama ada di Sabah atau peringkat nasional adalah jauh sekali dapat menyaingi kerajaan BN, maka jangan sampai salah pilih,” katanya.

Sementara itu, Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata UMNO Bahagian Semporna tidak ketandusan pemimpin berkaliber dan berkelayakan untuk diketengahkan.

“Pemimpin, perlu diakui silih berganti jadi tiada timbul soal ketandusan atau ketiadaan pemimpin dahulu menyebabkan UMNO lemah… sebaliknya (kejayaan dicapai selama ini) ekoran semua pemimpin dan anggota UMNO bekerja secara bersama,” katanya.

Di samping itu, Nasir berkata pihaknya kini mengambil pendekatan santai tanpa protokol dalam setiap program jelajah bertemu rakyat dan berpadu tenaga dengan semua sayap parti.

“Kami (pemimpin) ini hanya wakil kepada parti dan rakyat untuk membawa kebaikan membangun kawasan dan masyarakat di Semporna,” katanya.

Menurutnya, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kampung di daerah ini malahan sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.