Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

JAS siasat fenomena ‘laut merah’

Kongsi maklumat ini
Tags

20151230jaskuantan.transformedKUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini memulakan siasatan terhadap insiden air laut menjadi kemerah-merahan di sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam, dekat sini.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Zainal Abidin Abdullah, berkata sepasukan pegawai JAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ke lokasi kejadian serta kawasan sekeliling untuk mengambil sampel air laut bagi dianalisis.

“Fokus utama kita sekarang adalah untuk mencari puncanya kerana pada musim tengkujuh, lazimnya pelbagai unsur mengalir ke laut…contohnya dari jalan raya atau aktiviti perlombongan.

“Selepas itu, kita akan analisis kandungan logam dalam air itu bagi mengetahui kesannya, sama ada ia boleh membahayakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Insiden air laut menjadi kemerah-merahan yang pernah berlaku di Tanjung Gelang, di sini pada Mei lalu kembali berulang semalam dan kali ini ia membabitkan sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam.

Perubahan pada warna air laut itu mula dikesan sejak pagi semalam iaitu selepas daerah ini dilanda hujan lebih 24 jam.

Difahamkan, perubahan warna air laut itu akibat aktiviti perlombongan bauksit, yang stok penyimpanan terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, tidak jauh dari kawasan perkampungan Sungai Pengorak.

Gambar laut berwarna merah itu turut menjadi viral di laman media sosial sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat, yang rata-ratanya mahu pihak berkuasa menyiasat puncanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.