Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

Jasa Tun Razak Mengasaskan FELDA Sentiasa Dikenang

Kongsi maklumat ini
Tags

tunrazakJanuari 13, 2016 Ditulis oleh BeritaRTM Published in Berita Semasa
Kuantan – Tanah rancangan Felda yang dibangunkan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein lebih 50 tahun lalu merupakan antara sumbangan terbesar Perdana Menteri kedua itu kepada masyarakat.

Seorang peneroka Felda Bukit Sagu 1 di sini mengakui kehidupan yang dikecapinya kini jauh lebih baik sebelum menyertai Felda pada tahun 1982.

Mustaffa Ismail, 70, yang dahulu bekerja sebagai penoreh getah di Pokok Sena, Kedah, menyatakan penghijrahannya dari negeri jelapang padi itu ke Pahang untuk menyertai Felda 34 tahun lepas merupakan keputusan yang tepat.

“Apabila saya mula sampai ke Felda ini 34 tahun lalu, keadaan ladang sawit tidak seberapa, namun saya telah mengusahakannya sehingga kini mendatangkan pulangan yang lumayan.

“Syukur kerajaan memberikan tanah sawit 10 ekar di sini dan kehidupan keluarga pun lebih stabil dan semakin baik,” katanya sambil menyatakan dia pernah menerima pulangan mengusahakan kelapa sawit sehingga RM6,000 sebulan.

Sementara itu, seorang peneroka di Felda Bukit Sagu 2, Melah Busu, 56, turut menghargai jasa Allahyarham Tun Razak yang membolehkannya menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas menyertai Felda pada tahun 1988.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.