Kiriman pada: Wed, Jul 8th, 2015

Jauhi Fahaman Melampau

Kongsi maklumat ini
Tags

20117912375582580_19Usaha menangani fahaman melampau atau ekstremis antara cabaran besar dihadapi masyarakat antarabangsa dalam usaha mengekalkan keamanan dan keharmonian. Begitulah juga dihadapi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Fahaman melampau itu jika tidak dikawal akan menggalakkan permusuhan dan keganasan.

Dalam kes di Malaysia kita tidak boleh mengambil mudah soal keharmonian dan perpaduan yang perlu terus di pelihara tanpa di ganggu gugat dengan anasir tertentu. Perbezaan kaum dan agama bukan alasan untuk kita berpecah belah.

Seperti yang di tegaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, rakyat perlu bersatu dan dengan tegas menolak fahaman melampau. Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak harus mengamal atau membenarkan fahaman ektrimis bertapak sama ada di dalam pertuturan mahu pun tingkah laku.

Sikap ektrim akan membawa kepada keburukan dan kemusnahan disebabkan oleh gulungan pelampau yang hanya memperjuangkan agenda sempit mereka demi kepentingan sendiri, Sikap itu juga menjurus kepada kemusnahan harta benda dan kehancuran sistem hidup bermasyarakat.

Perdana Menteri turut menegaskan terlalu banyak contoh apabila nama Islam telah di salah guna untuk menjasflikasikan kezaliman, Kekejaman itu memusnahkan nama baik Islam, Menjasfikasikan kekejaman mereka yang berselindung dibawah konsep jihat yang di salah guna.

Dalam hal ini Dato’ Seri Najib sekali lagi mengingatkan pentingnya konsep kesederhanaan menjadi amalan dalam kehidupan, Ia satu keperluan untuk berjaya di dalam hidup dan ramuan yang kritikal untuk Malaysia menjadi negara moden dan progresif.

Selain itu konsep kesederhanaan bukan iklusif untuk agama Islam, tetapi mempunyai nilai sejagat pada semua agama. Apabla bercakap mengenai kesederhanaan konsep itu merupakan kunci kepada kerukunan hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Konsep kesederhanaan ini adalah tunggak utama kepada kestabilan Malaysia, kesederhanaan dalam semua perkara membolehkan rakyat berbilang kaum hidup dengan harmoni tanpa syak wasangka.

Masing masing bebas menganut agama mengamalkan budaya dan bahasa ibunda, Bagaimana pun kebelakangan ini ada sahaja isu-isu sensitif dibangkitkan dengan tujuan membangkitkan kemarahan pihak lain, Atas nama demokrasi dan keterbukaan bermacam-macam ugutan dan amaran diberikan tanpa memikirkan kesan buruk daripada nya.

Lebih daripada itu ada yang sanggup bertindak di luar batasan semata-mata kerana marah terhadap pihak berkuasa. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini perbuatan tidak bertanggungjawab itu semakin menjadi-jadi.

Mereka yang terbabit lansung tidak pernah memikirkan kesan jangka panjang yang boleh memudaratkan negara.

Kepada rakyat Malaysia sedarlah setiap daripada kita perlu menyumbang kepada keamanan dan keharmonian, Kita perlu mendukung kesederhanaan dan menjadikanya amalam dalam semua aspek kehidupan, Ektrimnisma perlu ditolak kerana ia membawa kerosakkan pada masyarakat dan negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.