Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Jawatankuasa Khas Ekonomi Rancangan Segera Kukuhkan Asas Ekonomi

Kongsi maklumat ini
Tags

hgkgyPutrajaya – Datuk Seri Najib Razak berkata Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan kerajaan akan mempertimbangkan perancangan serta merta dan jangka sederhana bagi mengukuhkan asas ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri berkata, JKE akan terdiri daripada ahli ekonomi dan tokoh korporat serta akan bermesyuarat setiap minggu atau lebih kerap jika perlu untuk menimbang dan mencadangkan langkah-langkah segera dalam menghadapi kemelut ekonomi semasa.

Beliau berkata, keputusan untuk mewujudkan JKE adalah berdasarkan keperluan kerajaan untuk membangunkan dan melaksanakan strategi serta merta dan pelan tindakan untuk memastikan Malaysia terus dalam pertumbuhannya.

JKE akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Turut menjadi panel JKE adalah Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Tan Azman Mokhtar.

Majlis Ekonomi yang yang sedia ada yang dipengerusikan Perdana Menteri akan terus berfungsi.

JKE yang ditubuhkan hanyalah inisiatif jangka pendek yang akan memainkan peranan sehingga kemelut ekonomi dunia lega dan stabil, kata PM.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.