Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

JBPM Akan Perhalusi Semula Permohonan Dapatkan Tiga Elaun

Kongsi maklumat ini
Tags

dkggdJohor Bahru – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memperhalusi semula permohonan mendapatkan tiga jenis elaun untuk kira-kira 13,000 anggotanya yang sentiasa berdepan risiko ketika melakukan tugas operasi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata, langkah itu dibuat selepas mengambil kira keadaan ekonomi negara pada masa ini.

“Dari segi justifikasinya, memang wajarlah apa yang kita minta daripada kerajaan tetapi ia juga bergantung kepada kewangan kerajaan,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 kepada JBPM Johor, hari ini.

Katanya elaun yang meliputi Bantuan Insentif Bomba (BIB), Elaun Khas Perkidmatan dan Elaun Bertugas Atas Keperluan itu dipohon tahun lalu, namun setakat ini, permohonan itu belum mendapat jawapan daripada kerajaan.

Pada Julai tahun lepas, JBPM memohon BIB yang diterima anggotanya supaya dinaikkan kepada RM200 bagi mereka yang bertugas selama 12 jam dan RM400 bagi penugasan 24 jam berbanding hanya antara RM110 hingga RM220 bagi syif sama, sebelum ini.

JBPM juga meminta elaun khas perkhidmatan sebanyak RM200 sebulan, yang diterima pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dipanjangkan kepada pasukan itu.

Mereka turut menuntut agar Elaun On Call dibayar kepada anggota dan pegawai yang terpaksa bekerja selepas waktu pejabat, semata-mata kerana perlu menghadiri kes kecemasan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.