Kiriman pada: Tue, Mar 31st, 2015

JBPM Telah Berjaya Menyelamatkan Harta Benda Bernilai RM25 Billion

Kongsi maklumat ini
Tags

AMER YUSOFLabuan – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM25 billion tahun lepas berbanding RM12 bilion pada tahun 2013.

Timbalan Ketua Pengarah JPBM, Datuk Amer Yusof berkata taksiran kerugian akibat kebakaran tahun lepas mencecah RM2.8 bilion berbanding RM1.9 bilion pada tahun sebelumnya.

Selain itu, katanya sebanyak 99,830 panggilan kecemasan telah diterima sepanjang tahun lepas, iaitu jumlah paling tinggi dicatatkan, berbanding 68,280 panggilan pada 2013.

Daripada jumlah panggilan, sebanyak 42,712 merupakan panggilan kerja-kerja menyelamat, katanya pada sidang media selepas melancarkan Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) dan Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan.

Beliau berkata negeri Selangor merekodkan jumlah tertinggi panggilan kecemasan iaitu 15,628 panggilan manakala Labuan merekodkan jumlah paling rendah iaitu 608 panggilan sepanjang tahun lepas.

Amer berkata jumlah panggilan kecemasan yang tinggi tahun lepas adalah disebabkan bencana banjir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.