Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

Jemput Muhyiddin Rasmi Mesyuarat Adalah Hak Bahagian Umno

Kongsi maklumat ini
Tags

FW347362_TR07_011114_HISHAMUDDIN_UMNO-lprKuala Lumpur – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi hak mana-mana bahagian parti itu untuk mengundang sesiapa sahaja pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagian berkenaan.

“Sama ada berminat untuk menjemput atau tidak, itu adalah hak bahagian tetapi pucuk pimpinan tertinggi parti berkata tiada sekatan bagi mana-mana bahagian untuk menjemput beliau (Muhyiddin),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu.

Hishammuddin mengulas tindakan beberapa bahagian UMNO yang membatalkan hasrat untuk mengundang Muhyiddin sebelum ini bagi merasmikan persidangan perwakilam bahagian berkenaan.

Tindakan membatalkan undangan itu berlaku selepas pengguguran Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai lalu.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut melahirkan keyakinan bahawa isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dapat diselesaikan pada hujung tahun ini.

“Semuanya berkisar pada masa. Yang penting kita harus rasionalisasi dalam penstrukturan semula 1MDB, biar ada tadbir urus dan akauntabiliti dalam penyiasatan.

“Dan kita hadapkan individu yang bersalah ke mahkamah tetapi semuanya perlukan masa. Kita biarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan dan jangan mengganggu mereka dengan menyerang dalam media sosial,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.