Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Jenama Pakaian Kanak-Kanak Malaysia Poney Akan Diperluas Di India

Kongsi maklumat ini
Tags

nmfhmfxKuala Lumpur – Jenama pakaian kanak-kanak yang berpangkalan di Malaysia, Poney, akan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran India yang menguntungkan melalui perkongsian dengan Franchise India, sebuah syarikat penyelesaian francais bersepadu.

Menurut satu kenyataan, melalui perkongsian itu, Poney menandatangani kontrak francais induk dengan Ajanta International Group, syarikat berpangkalan di Delhi.

Poney akan menikmati kelebihan hak tag harga dan kedudukan dalam pasaran fesyen, sebuah model perniagaan yang dijangka menjadi popular dan boleh skala di India.

Pengerusi Franchise India, Gaurav Marya berkata pasaran pakaian kanak-kanak berkembang sebanyak 17 peratus dan menjadikannya segmen paling menarik dalam industri pakaian India.

Poney Group, yang ditubuhkan pada 1992, merupakan peruncit terkemuka di Malaysia, khusus dalam rangkaian luas produk fesyen yang selesa untuk bayi dan kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Perniagaan kumpulan itu membawa tiga jenama iaitu Poney, Baby Poney dan Poney Enfants.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.