Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Jenayah Komersial Kini Ditahap Mengerikan

Kongsi maklumat ini
Tags

kormesial2.43 billion ringgit itu jumlah kerugian yang di catatkan dalam kes penipuan jenayah komersial yang diterima oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tahun lepas.

Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah komersial.

Jenayah komersial meliputi jenayah seperti penipuan yang memperdaya sesaorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui pemalsuan.

Ia juga lebih dikenali dengan jenayah ‘kolar putih’ dalam kebanyakkan kes jenayah komersial dilakukan oleh gulungan bijak, rajin, penampilan pesonaliti kelas tinggi dan berani mengambil risiko.

Mereka juga di sifatkan sebagai individu yang mahir dalam bidang kewangan selain teknologi maklumat, perancangan jahatnya dilakukan dengan halus tanpa kekerasan dan sukar dikesan.

Selalunya tindakan penjenayah adalah berdasarkan peluang yang diidamkan oleh mangsa, ketegori-ketegori jenayah komersial termasuk penipuan kad kredit, penipuan e-bangking, penipuan wasiat, penipuan insyuran, penipuan antarabangsa, penipuan bungkusan dan paling popular penipuan cinta.

Peningkatan jumlah kerugian yang dicatatkan saban tahun meningkat menunjukkan jenayah komersial kian berleluasa, walau pelbagai insentif telah diambil oleh pihak berkuasa untuk mencegahnya namun ia tetap berlaku.

Ini pertanda bahawa ramai warga Malaysia tidak sedar yang mereka menjadi mangsa penipuan sahinggalah kerugian adakalanya mencecah sahingga berjuta-juta ringgit.

Kerugian yang direkodkan tahun lepas sahaja menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 95.1% berbanding 1.86 billion ringgit pada 2014, pada tahun 2013 pula kerugiannya mencecah 1.775 billion ringgit.

Sepanjang tahun 2015, 132,925 laporan polis diterima berkaitan dengan jenayah komersial, laporan yang diterima itu menigkat 9.01% berbanding tempoh yang sama pada 2014 ia itu 121,934 kes, daripada jumlah laporan polis yang diterima tahun lepas sebanyak 19,533 kertas siasatan telah di buka.

Dalam tempoh itu seramai 7019 individu ditangkap melakukan kesalahan berkaitan jenayah komersial, kes berkenaan disiasat menikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jenayah komersial tidak boleh dianggap sebagai masalah yang remeh jika dibandingkan dengan jenayah konventional, jenayah komersial lebih menggerunkan, ia memberi kesan kepada semua gulungan tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, industri, ekonomi dan masyarakat keseluruhannya hingga mampu menghancurkan ekonomi sesebuah negara.

Krisi kewangan global yang sedang melanda sekarang memerlukan penyelesian untuk meminimum dan mengurangkan jenayah komersial yang dijangka meningkat berikutan situasi ekonomi semasa.

Jika dibiarkan ia oleh membawa kesan negetif terhadap intregriti institusi kewangan dan perniagaan serta keupayaan agensi penguatkuasa dalam mengurus kes penyelewangan kewangan.

Sekali gus menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di Malaysia

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.