Kiriman pada: Sat, Jul 4th, 2015

Jenayah Pendatang haram

Kongsi maklumat ini
Tags

pendatang-asingKetika ini kerajaan membenarkan lima sektor untuk menggajikan pekerja asing iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian, perladangan dan perkhidmatan. Ia membabitkan bekalan pekerja dari beberapa negara sumber seperti Vietnam, Filipina, Pakistan, India, Bangladesh, Indonesia dan lain-lain negara.

Tidak di nafikan kita menghargai sumbangan pekerja asing didalam membantu pembangunan ekonomi negara ini, Dengan keperluan tenaga kerja yang begitu tinggi dan kekurangan tenaga kerja tempatan menyebabkan kehadiran buruh asing tidak dapat disekat.

Terkini, menurut Kementerian Dalam Negeri kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan di bawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Perkembangan ekonomi yang pesat selain kemakmuran dan kedamain hidup masyarakat Malaysia merupakan faktor menarik untuk pekerja asing datang mencari rezeki di negara ini. Ini menyebabkan kebanjiran warga negara asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dianggarkan 6.7 juta warga asing di negara ini tahun lepas, Hanya 2.1 juta orang sahaja yang di beri permit sah dan berdaftar dengan Jabatan Imigresen untuk bekerja dalam negara ini.

Apa yang membimbangkan ialah sesetengah daripada mereka hadir dengan membawa bersama pelbagai penyakit dan gejala sosial yang tidak sihat. Statistik PDRM mendapati jumlah kes jenayah membabitkan warga asing semakin meningkat setiap tahun iaitu 2291 kes pada 2012 meningkat mendadak pada 2014 kepada 13,591 kes.

Peningkatan kadar jenayah berpunca dari warga asing sangat merugikan negara, Kerana kegiatan tersebut membawa kesan nagetif kepada masyarakat, malah ada rakyat negara ini yang terlibat dengan menjadi mangsa keldai dadah.

Beberapa tempat terutamanya di Lembah Kelang jumlah pekerja asing lebih ramai daripada penduduk setempat hingga ada yang mengujudkan koloni masing masing.

Ia menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, Kita semua sedia maklum tidak semua warga asing itu merbahaya ada kalangan mereka yang datang melalui jalan yang sah disisi undang undang dan mencari rezeki dengan cara yang betul.

Apabila penguatkuasaan kerap di lakukan ramai majikan mula sedar dan tidak berani mengambil risiko menggaji PATI bekerja walaupun boleh diperolehi dengan kos upah yang rendah. Ia memberi kesan yang besar dalam kalangan mereka yang datang dengan cara yang tidak sah.

Akibat kesukaran mendapatkan pekerjaan membuatkan mereka terdorong melakukan jenayah untuk menyara hidup di negara ini.

Sehubungan ini adalah wajar kerajaan merangka plan jangka pendek dan panjang dalam usaha membendung peningkatan kejadian kes-kes jenayah dalam kalangan warga asing khususnya PATI di negara ini.

Saranan seorang penganalisa jenayah yang menyarankan agar pengkalan data maklumat kemasukkan warga asing yang mempunyai rekod jenayah di tinggkatkan keberkesanannya wajar di beri pertimbangan.

Kerajaan juga perlu meningkatkan hubungan kerjasama dan pertukaran maklumat dengan negara lain bagi mengelakkan kemasukkan penjenayah negara lain ke negara ini.

Rakyat pula perlu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa didalam menangani jenayah terbabit, Masyarakat perlu mengambil kisah demi keselamatan keluarga dan penghuni pada keseluruhannya.

Kerjasama semua pihak sama ada masyarakat dan pihak berkuasa selain plan jangka pendek dan jangka panjang secara konsisten dan komited di yakini mampu menangani isu tersebut dengan efisen dan efektif.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.