Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

JENAZAH DUA PELAJAR MALAYSIA YANG TERKORBAN DALAM KEMALANGAN DI JORDAN DIKEBUMIKAN

Kongsi maklumat ini
Tags

djyKota Bharu – Jenazah dua pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jordan Sabtu lepas, dikebumikan di kampung masing-masing malam tadi.

Jenazah Al Najiatun Nailah Mohd Safie dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang, Tumpat manakala Hana’ Azhar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok, Machang.

Mereka bersama seorang lagi pelajar Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz adalah pelajar tahun tiga Universiti Mu’tah, Jordan, maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.

Jenazah Fatin Iqmal Idziyani dibawa ke Lenggong, Perak untuk dikebumikan di sana.

Di TUMPAT, jenazah Al Najiatun Nailah yang tiba dengan van jenazah dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Baharu, tiba di rumahnya pada 8.57 malam untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang untuk dikebumikan.

Solat jenazah yang disertai 100 penduduk termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, diimamkan oleh bapa Allahyarham Mohd Safie Ismail.

Jenazah Al Najiatun Nailah kemudiannya diusung ke tanah perkuburan itu yang terletak berdekatan rumahnya dalam keadaan hujan renyai-renyai dan dikebumikan di sebelah kubur neneknya Hasnah Yusoff, pada 9.58 malam.

Sementara itu di MACHANG, jenazah Hana’ tiba dengan van jenazah dari LTSIP di rumah datuknya Salleh Mohd Yusof di Kampung Tok Bok pukul 8.25 malam untuk solat jenazah yang disertai kira-kira 100 penduduk, diimamkan Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Mohd Hafizi Ramli.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Bok juga dalam keadaan hujan untuk dikebumikan pada 10.45 malam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.