Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

Jenazah Pelajar Malaysia Dipindahkan Ke Amman Untuk Penghantaran Pulang

Kongsi maklumat ini
Tags

Tiga jenazah pelajar Malaysia di Jordan yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lepas, kini dipindahkan ke Hospital Basyeer di Amman, untuk urusan penghantaran pulang ke tanah air.

Menurut laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan, jenazah pelajar itu akan dihantar pulang sebaik selesai semua proses di negara berkenaan, menerusi penerbangan komersial.

Menurut Education Malaysia Jordan, Kerajaan Kelantan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju membiayai kos penghantaran pulang jenazah pelajar itu ke Malaysia.

Tiga pelajar Universiti Mu’tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq pada Sabtu lepas, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.

Mereka yang terkorban ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana’ Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd. Safie, sebelum ini ditempatkan di Hospital Kerajaan Mafraq, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Amman.

Sementara itu, dua lagi pelajar Malaysia turut cedera dalam kemalangan itu iaitu Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kerajaan Mafraq, dipindahkan ke Hospital Al Amir Hamzah di Amman untuk rawatan lanjut. – Bernama

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.