Kiriman pada: Sun, Mar 1st, 2015

Jep Mengamuk Belakang Pentas?

Kongsi maklumat ini
Tags

jep 1Kuala Lumpur – Pelawak popular Jep Sepahtu telah menghantar surat menerusi peguamnya sebagai tindakan awal terhadap sebuah akhbar tempatan yang mendakwa kononnya dia mengamuk belakang pentas selepas gagal menjuarai “Maharaja Lawak Mega 2014” (MLM 2014) baru-baru ini.

Memetik laporan berita hiburan tempatan, Jep berkata, dia telah meminta nasihat peguam berhubung perkara itu dan penguammnya telah menghantar surat tersebut kepada pihak akhbar berkenaan sebagai tindakan awal.

Tindakan tersebut diambil untuk menyelesaikan isu tersebut sekaligus membersihkan namanya.

Tambahnya, berita yang ditulis adalah fitnah semata-mata dan tidak mengetahui mengapa namanya sering terlibat dengan kontroversi yang tidak berasas.

Bagaimanapun Jep berkata, kerjayanya tidak terjejas dengan kontroversi yang melandanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.