Kiriman pada: Tue, Mar 10th, 2015

Jingga 13 ditahan berhubung #KitaLawan

Kongsi maklumat ini
Tags

jingga-13-pc-DNS-01KUALA LUMPUR: Koodinator Jingga 13, Mohd Fariz Musa menjadi individu ketiga ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan #KitaLawan, hari ini.

Mohd Fariz, 45, ditahan pada jam 11.45 pagi ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk direkod keterangan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Mohd Fariz yang juga Ketua Setiausaha Pengelola PKR ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini menahan Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli sejurus perhimpunan di ibu negara pada Sabtu lalu itu berakhir namun dibebaskan dengan jaminan polis tidak lama kemudian.
Penahanan kedua dibuat Ahad lalu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.