Kiriman pada: Fri, Aug 7th, 2015

Johor platform terbaik buat GHB

Kongsi maklumat ini
Tags

sabuJOHOR BAHRU: Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa Johor merupakan platform terbaik untuk meluaskan pengaruh dan dasar perjuangannya.

Pengerusi GHB Mohamad Sabu berkata demikian apabila diminta mengulas tentang prospek gerakan tersebut di negeri yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO.

“Johor begitu berpotensi, baik untuk Pakatan Rakyat baharu bersama GHB untuk menang dalam pilihan raya akan datang kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

“Perubahan sikap rakyat Johor begitu ketara sekali. Ini pula ditambah dengan pergolakan politik,” kata Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu.

Tambahnya, generasi muda Johor yang bekerja di Kuala Lumpur, Singapura dan di luar negeri mula mahukan perubahan.

Mat Sabu ditemui wartawan selepas menghadiri Jamuan Raya GHB di Taman Universiti, Johor Bahru.

Dalam majlis itu, turut diperkenalkan beberapa nama individu profesional dan tokoh ilmiah negeri bagi membantu gerakan tersebut di Johor iaitu Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ali Abdul Rahman, Zainal Abidin Sidi dan Dr Mazlan Jam’an.
Acara tersebut turut dihadiri barisan jawatankuasa GHB pusat, pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.