Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Joshua Parfitt Wakil Dari UK Juara PABM 2015

Kongsi maklumat ini
Tags

*Joshua Parfitt wakil UK (kanan), Pemidato alam melayu Mohd Akmal Aizat Umar (Malaysia) dan kategori Pelajar Antarabangsa Malaysia Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa (Iraq) bersama piala masing masing bergambar kenangan.

*Joshua Parfitt wakil UK (kanan), Pemidato alam melayu Mohd Akmal Aizat Umar (Malaysia) dan kategori Pelajar Antarabangsa Malaysia Mahmoud Abdel Fattah Ibrahim Essa (Iraq) bersama piala masing masing bergambar kenangan.

Putrajaya – Joshua Parfitt yang mewakili United Kingdom hari ini dinobatkan sebagai juara bagi kategori Antarabangsa dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015 (PABM 2015) yang berakhir hari ini.

Dengan kemenangan itu beliau berjaya membawa pulang Piala Pusingan Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai USD 7,000 (RM27,000), hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Naib johan kategori Antarabangsa dimenangi peserta dari Australia, Emma Cecilia Roberts yang turut menerima wang tunai USD5,000 (RM19,000), Manakala peserta dari Amerika Syarikat, Wyatt Evan Gordon pula meraih tempat ketiga yang melayakkan membawa pulang wang tunai USD3,000 (RM12,000), keduanya turut menerima piala, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Seorang pelajar jurusan Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd Akmal Aizat Umar, 23, di nobatkan sebagai juara bagi kategori Alam Melayu dengan tema pidatonya ‘Keamanan Dunia’.

Janise Then Siaw Lian, 23, penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Malaya (UM), meraih gelaran naib johan dengan tema pidatonya ‘Makna Sebuah Perpaduan’.

Sementara peserta dari Thailand yang juga peserta paling muda, Awabeen Samsuding, 19, sekadar di tempat ketiga dengan pidatonya “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.

Buat julung kalinya pada tahun ini PABM 2015 telah memperkenalkan satu kategori baharu, Ia ini bagi ketegori Pelajar Antarabangsa yang menuntut di Malaysia, Pelajar yang mewakili UIAM, Maheer GM Abdul Rasol diumumkan sebagai juara mengalahkan dua pesaingnya, Iaitu Walid Baseel Mohamad Ali dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan wakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Maher G.M Abdolrasol di tempat kedua dan ketiga.

Kesemua peserta membawa pulang ganjaran yang sama bagi setiap kategori. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.