Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

JPJ DIARAH PANTAU KEGIATAN LORI HANTU SELURUH NEGARA MULAI HARI INI

Kongsi maklumat ini
Tags

fxhgkmfxBatu Pahat – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah diarah melakukan penguatkuasaan bagi memantau kegiatan ‘lori hantu’ di seluruh negara, berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata arahan itu dikuat kuasa susulan insiden ‘lori hantu’ yang merempuh 37 kenderaan di hadapan sebuah sekolah menengah di Bandar Damai Perdana, Cheras, Kajang semalam hingga turut menyebabkan dua pelajar terbunuh.

Katanya, mana-mana ‘lori hantu’ yang dikesan masih berada di jalan awam sepanjang penguatkuasaan itu akan disita serta-merta, selain pemiliknya berpotensi dikenakan tindakan undang-undang.

“Pada dasarnya, ‘lori hantu’ ini tidak dibenarkan melalui jalan awam kerana tidak dilindungi insurans dan mempunyai cukai jalan.

“Ia hanya boleh diguna di kawasan persendirian contohnya tapak pembinaan. Jadi, saya amat sedih dengan kejadian yang berlaku semalam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ziarah Rakyat di Felcra Sri Wangi, di sini.

Katanya, JPJ juga akan memantau premis pembinaan di seluruh negara bagi memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang dalam pengunaan ‘lori hantu’.

Pada masa sama, kerajaan juga sedang mengenal pasti syarikat yang bertanggungjawab dalam kes semalam dan menjamin tindakan tegas akan diambil, katanya.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, dua pelajar perempuan tingkatan satu maut manakala seorang penjaja cedera selepas dirempuh sebuah van yang dilanggar sebuah lori di Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Perdana.

Mangsa maut dikenali sebagai Lau Zi Xin dan Wong Siow Xuen, masing-masing berumur 13 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard, pemandu lori itu difahamkan meninggalkan kenderaan terbabit di kawasan berdekatan untuk makan tengah hari, sebelum ia menggelongsor menuruni bukit lalu melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di hadapan sekolah itu.

Seorang pemandu lori lelaki warga Indonesia ditahan berhubung insiden itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.