Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

JPJ tahan 5 penunggang motosikal positif dadah

Kongsi maklumat ini
Tags

25jpj.transformedKUALA LUMPUR: Lima penunggang motosikal ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini malam tadi bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Dr Ismail Bakaring, berkata kelima-lima lelaki berusia antara 26 dan 47 tahun itu didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing.

Beliau berkata, mereka akan dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Sekiranya didapati bersalah (memandu bawah pengaruh dadah), lesen memandu mereka akan dibatalkan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi selepas meninjau Ops Bersepadu Siri Keempat itu.
Mengenai operasi itu, Ismail berkata JPJ mengeluarkan sebanyak 214 notis bagi kesalahan lalu lintas dan 10 kenderaan disita dalam operasi bermula 8 malam hingga 12 tengah malam itu. Katanya, sepanjang Ops bersepadu JPJ yang dilancarkan sejak 10 Julai lalu, JPJ telah membuat pemeriksaan terhadap 84,000 kenderaan pelbagai jenis dan sebanyak 5,300 orang didapati melakukan kesalahan memandu tanpa lesen dan daripada jumlah itu 3,117 kes membabitkan penunggang motosikal. “Sebanyak 1,800 kes pula membabitkan kesalahan tidak mempunyai cukai jalan”, katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.