Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

Jumlah kenderaan arah utara meningkat di Lebuhraya PLUS

Kongsi maklumat ini
Tags

sdasdas.transformed.transformed_0KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi ini menunjukkan peningkatan ke arah utara berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman bersempena cuti panjang iaitu Maulidur Rasul hari ini dan Krismas esok.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, berkata jumlah kenderaan bertambah di Rawang Selatan menghala ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan Slim River ke Sungkai.

Beliau berkata, terdapat sebuah lori terbakar di KM21.7 di lorong kiri dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan kira-kira jam 8.52 pagi.

“Api berjaya dipadam, namun lori itu belum dialihkan dan trafik bergerak perlahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Karak, berdekatan Plaza Tol Gombak turut dilaporkan perlahan.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.