Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

Jumlah Mangsa Banjir Di PERAK Kekal 38 Orang Pagi Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

nrsjIpoh – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Beruas, Perak kekal seramai 38 orang daripada sembilan keluarga setakat pagi ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashari berkata mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan.

“Kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Batu Hampar itu ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya banjir di kampung berkenaan berpunca daripada air yang bertakung berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.