Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Jumlah mangsa meningkat hampir 8,000

Kongsi maklumat ini
Tags

banjirawak.transformedKUCHING: Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini bertambah buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 7,931 pagi ini berbanding 5,769 malam tadi. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, sehingga jam 6 pagi ini, sebanyak 47 pusat pemindahan dibuka. Daripada jumlah itu, Kuching mencatat jumlah tertinggi dengan 24 pusat pemindahan, Bau (9), Serian (7), Samarahan (6) dan Padawan (1). Beliau berkata, jumlah itu meningkat mendadak berikutan ramai mangsa dipindahkan tengah malam tadi dan awal pagi ini. “Air yang naik mendadak selepas hujan lebat di hulu sungai menyebabkan banyak kawasan rendah di Kuching dinaiki air malam tadi. “Pagi ini, diharap keadaan pulih apabila sudah menunjukkan tanda menurun dan kita juga berharap hujan akan reda hari ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.