Kiriman pada: Fri, Nov 20th, 2015

Jurulatih bodoh sombong, pemain pun sama?

Kongsi maklumat ini
Tags

Harimau malaya

Jikalau jurulatih skuad negara boleh dilabel bodoh sombong, sebenarnya pemain-pemain pun boleh  dilabel sebegitu malah sebelum ini pun sudah kena lebih teruk lagi.

Sudah dikritik, dimaki beberapa kali sehingga ‘berbuih mulut’ tetapi persembahan tetap juga sama sehingga boleh menyakitkan hati penyokong.

Jika ada pun peningkatan ia tidak begitu konsisten, akhirnya jurulatih yang letak jawatan, pemain masih yang sama.

Pernahkah pemain terfikir untuk mengambil tindakan yang sama atas sebab kesalahan dan kesilapan mereka sendiri?

Bukan untuk mengalih perhatian dari isu jurulatih kepada pemain tetapi jelas dari pemerhatian dan juga pandangan peminat-peminat bola sepak mengatakan para pemain seperti tidak boleh berbuat apa-apa di atas padang.

Mereka turut menegaskan bahawa bukan pihak pengurusan dan jurulatih yang bermain bola, tetapi sebelas orang sepasukan itu lah yang membuat keputusan di atas padang.

Khairy Jamaluddin sendiri pernah ber-tweet tentang ‘long ball bodoh’ merujuk kepada persembahan teruk Harimau Malaya. Jadi kepada siapakah istilah bodoh itu dituju?

Mana mungkin ia dituju kepada bola kerana jelas bola tidak bersalah dalam hal ini, sudah tentu kepada orang orang mengawal bola ketika itu.

Mungkin telah menjadi satu fenomena apabila hancurnya permainan skuad negara, yang harus ditukar dan dikritik adalah jurulatih.

Oleh itu akan terjadi lagi perkara-perkara bodoh atas padang. Berapa lama hendak ulang perkara yang sama sehinggakan peminat pula yang ‘membuat bodoh’.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.