Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

Kabinet Baharu Diminta Bekerja Sebagai Keluarga Demi Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu barisan kabinet baharu yang dibentuk pada 28 Julai lalu bekerjasama sebagai satu keluarga dan pasukan serta saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Semangat sedemikian adalah penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara, katanya.

“Saya dan rakan kabinet baharu berazam dan bertekad untuk lakukan yang terbaik bagi mencapai aspirasi rakyat dan dasar negara,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan meminta penjawat awam supaya sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan pencapaian untuk rakyat serta negara.

“Ini yang saya tuntut dalam kerajaan dan pentadbiran supaya kita boleh perlihatkan bukan sahaja pembaharuan tapi peningkatan keputusan serta program yang dijalankan oleh kerajaan dan perkhidmatan kepada rakyat.

“Ini yang mesti kita sematkan dalam minda dan dengan cara ini sebagai sebuah kerajaan kita dapat perlihatkan perubahan lebih positif,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya tidak hilang fokus dan mesti mengutamakan dasar transformasi kerajaan demi rakyat dan negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.