Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Kabinet Baharu Untuk Kepentingan Dan Kesejahteraan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Rakyat-FELDA2Untuk memastikan pentadbiran kerajaan yang komited dan fokus dalam meneruskan usaha pembangunan negara, antara sebab utama rombakan kabinet dilakukan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau dalam satu sidang media khas di Putrajaya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, mengumumkan perubahan itu diyakini dapat menguruskan segala perancangan untuk meningkatkan keyakinan dan sokongan rakyat yang berterusan kepada kerajaan.

Berkuatkuasa hari ini Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dengan perlantikan Dato Seri Zahid Hamidi bermakna Tan Sri Muhyiddin di gugurkan daripada barisan kabinet.

Perdana Menteri berkata keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin satu keputusan yang amat sukar namun ia terpaksa dilakukan, Ini agar jemaah menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu dalam apa jua keadaan bagi melansungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Selain Tan Sri muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut di gugurkan 4 lagi menteri ia itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Afdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malik, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel dan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr. Ewon Ebin.

7 lagi di lantik menteri baharu itu 3 merupakan Timbalan Menteri yang di naikkan pangkat, Sementara beberapa orang muka lama di bawa kembali ke kabinet mereka ialah Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Seri Ong Kah Chuan. Sembilan muka baru Timbalan Menteri di lantik manakala Menteri dan Timbalan Menteri yang sedia ada di kekalkan dan ada yang bertukar portfolio.

Dengan pertukaran portfolio itu di harap mereka dapat mengunakan kepakaran sedia ada untuk meningkatkan lagi kecemerlangan di kementerian baru masing masing, Dalam masa yang sama memastikan segala perancangan dilaksanakan sebaik mungkin.

Dengan rombakan itu kabinet baru kali ini melibatkan 25 Kementerian dan 37 menteri, berbandin 24 kementerian dan 32 menteri sebelum ini, Jangan pula ada pihak yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri kerana apa yang di lakukannya telah di fikirkan yang terbaik untuk negara dan rakyat.

Apa yang pasti keputusan itu menyaksikan gabungan muka lama dan baharu berganding bahu bersama-sama Dato’ Seri Najib dalam mengukuhkan lagi pentadbiran negara.

Selain memacu negara kearah negara maju menjelang 2020, Mereka harus di beri peluang dan masa yang mencukupi bagi membuktikan kemampuan selain menjayakan transformasi demi kemakmuran negara.

Namun kepentingan dan kesejahteraan rakyat harus sentiasa menjadi keutamaan dalam apa jua keputusan yang di ambil kerajaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.