Kiriman pada: Wed, Feb 15th, 2017

Kabinet Setuju Hentikan Operasi Dego Ride

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Kabinet hari ini bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menghentikan operasi teksi motosikal Dego Ride atas sebab keselamatan dan risiko kepada penumpang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya juga diminta untuk memberi penerangan jelas kepada orang awam tentang keputusan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan.

“Kita faham kenapa pihak Dego Ride mewujudkan perkhidmatan ini tapi ia tidak sesuai di Malaysia, sebab kerajaan sudah menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang cekap untuk rakyat seperti monorel, MRT dan komuter.

“Penerangan jelas sudah diberikan kepada Kabinet terutama berkaitan risiko kepada orang awam yang sangat kita titikberatkan dan Kabinet mahu kementerian ini beri kefahaman kepada rakyat tentang keputusan ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga sedia untuk bertemu pengendali Dego Ride pada bila-bila masa, namun kementeriannya akan tetap dengan keputusan dibuat.

“Kita minta mereka datang untuk beri keterangan berikutan kelmarin beberapa penunggang Dego Ride ini disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.