Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Kaji Semula Langkah Keselamatan Jalan Raya Di Langkawi, Kata Wakil Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

hjgkLangkawi – Kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti dan dimaklumkan kepada pelancong yang memandu sendiri di Langkawi, kata seorang wakil rakyat di pulau pelancongan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata pihak berwajib juga perlu meningkatkan lagi pelaksanaan pemasangan papan tanda peringatan dan langkah-langkah keselamatan lain di kawasan terlibat.

“Di tempat-tempat tertentu ini (yang berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya) kita perlu kaji balik sama ada tanda arah yang ada cukup jelas dan difahami oleh pelancong dari dalam dan luar negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Pantai Kok semalam yang kini dirawat di Hospital Langkawi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.