Kiriman pada: Mon, Feb 20th, 2017

Kaji Semula Pemberhentian Perkhidmatan Dego Ride.

Kongsi maklumat ini
Tags

Di antara Dego Ride dan kereta teksi mana jadi pilihan untuk perjalanan dalam lingkungan 3 kilometer? Diantara motorsikal dan kereta mana yang lebih bersesuai untuk sampai kedestinasi dengan jarak sedemikian ketika jalan raya sesak terutama di waktu puncak.

Sudah pasti ramai yang akan memilih motorsikal atau perkhidmatan Dego Ride, kecuali jika mereka itu berpakaian yang tidak bersesuaian untuk menaiki motorsikal maka pilihan yang ada adalah kereta sewa dan sudah tentu kos perkhidmatannya ada lebih sedikit dari Dego Ride.

Ini yang dapat disimpulkan dalam isu arahan pemberhentian sementara oleh Kementerian Pengangkutan berhubung perkhidmatan Dego Ride yang baru-baru ini hangat diperkatakan oleh masyarakat, terutama warga kota yang memerlukan sebuah kenderaan yang mampu bergerak didalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu pagi dan petang, ketika orang ramai sedang berpusu untuk ketempat kerja ataupun untuk pulang dari pejabat.

Menurut penguna yang pernah mengunakan perkhidmatan yang semurah RM2.50 untuk perjalan sejauh 3 kilometer, ianya adalah amat berbaloi jika dibandingkan dengan kenderaan teksi, Uber atau Grab Car, bagi mereka yang mengunakan perlhidmatan pengangkutan rail seperti LRT atau Komuter, sudah pasti Dego Ride menjadi jalan pemudah untuk mereka.

Malangnya diketika penguna sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan pengangkutan dua roda yang mudah dan murah ini, kerajaan telah membuat keputusan yang sukar diterima oleh penguna walaupun atas alasan keselamatan, kerana kebanyakkan penunggang Dego Ride bukanlah menunggan secara melulu seperti ‘Mad-rempit’.

Walaupun dimaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai pengangkutan awam yang cekap seperti monorel dan komuter serta lain-lain perkhidmatan rail.

Walaubagaimana pun penjelasan kerajaan tidak menyatakan adakah penyediaan pengangkutan transit dari satu stesyen ke satu stesyen yang lain turut disediakan dengan kepantasan dan juga kos tambang yang mampu di sediakan oleh penguna terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Kerajaan tidak pernah mengadakan kajian terperinci terhadap pengunaan Dego Ride ini, khususnya terhadap mereka yang pernah mengunakan perkhidmatan ini serta mereka yang mengendalikan Dego Ride sendiri, tindakan mengharamkan perkhidmatan Dego Ride telah menjadikan mereka yang telah selesa dengan perkhidmatan ini agak sedikit kecewa dengan tindakan kerajaan.

Sepatutnya kajian perlulah dilakukan dengan teliti dan pendapat penguna didalam isu pegangkutan mudah dan murah ini perlu diambil kira sebelum sesuatu arahan pengharaman dikeluarkan dan penjelasan yang padu mestilah turut mengiringi mengapa dan kenapa perkhidmatan ini perlu di tamatkan.

Jika perkara utama yang menjadi punca pengharaman perkidmatan ini adalah atas isu keselamatan, maka sebaiknya kerajaan menyediakan peraturan-peraturan yang perlu di patuhi oleh pengendali seperti penyediaan jeket keselamatan khas seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia yang mana mereka juga berhadapan dengan pengunaan perkhidmatan Dego Ride ini.

Kerajaan seharusnya peka dalam kegawatan masa kini dimana ada rakyat yang terhimpit dengan isu kenaikkan kos sara hidup yang perlu berlaku bijak didalam berbelanja termasuk menyediakan wang sara bagi pengangkutan untuk ke tempat kerja bagi mencari rezeki.

Dengan pengharaman perkhidmatan Dego Ride maka kerajaan telah mengembalikan penguna pengangkutan awam kepada masalah yang sering mereka tempuhi, ia ini kos yang tinggi untuk ke tempat kerja.

Menurut seorang pakar yang telibat dengan pengurusan pengangkutan awam di negara ini berkata bahawa isu keselamatan dan kaedah-kaedah keselamatan ianya boleh melalui kajian yang terperinci kerana perkhidmatan ini juga terdapat dibeberapa negara lain dan ianya bukanlah sesuatu yang baharu.

Malah beliau mengalakkan mereka untuk mencari sesuatu yang boleh membantu gulungan berpendapatan rendah bagi menambahkan pendapatan terutama dalam penyediaan pilihan pengangkutan bagi mereka yang tidak mampu untuk mengunakan perkhidmatan kereta sewa.

Maka kerajaan seharusnya memikirkan bahawa perkhidmatan Dego Ride ini perlu bagi mereka yang mahu ke sesuatu destinasi yang tidak begitu jauh untuk menaiki teksi dan tidak terlalu dekat untuk berjalan kaki, maka perkhidmatan kenderaan dua tayar ini perlu bagi penyelesaian masalah.

Jadi tiada salahnya jika kerajaan mengkaji semula pengharaman perkhidmatan tersebut dan mendengar keluhan rakyat marhaen yang sedang berhadapan dengan kos kehidupan yang tinggi hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.