Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

Kajian CFFRC Bantu Kurangkan Import Bahan Makanan Ternakan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOBPutrajaya – Kerajaan percaya kebergantungan negara terhadap import bahan makanan ternakan boleh dikurangkan melalui kajian yang sedang dilaksanakan Pusat Penyelidikan Tanaman Untuk Masa Hadapan (CFFRC).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini CFFRC sedang menjalankan penyelidikan ke atas tanaman tidak lazim, ‘bambara groundnut’ atau kacang poi yang boleh menjadi alternatif kepada jagung dan kacang soya.

“Jagung dan kacang soya tidak boleh ditanam di negara ini sedangkan ia merupakan antara produk penyumbang terbesar kepada nilai import makanan haiwan.

“Jika kajian terhadap kacang poi ini berjaya, saya percaya isu makanan haiwan mungkin boleh diselesaikan, apatah lagi kacang poi tidak memerlukan pembajaan yang banyak serta tahan penyakit,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat CFFRC di Universiti Nottingham Malaysia di Semenyih dekat, Ismail Sabri berkata para penyelidik tempatan dan asing di pusat itu juga sedang melakukan ujian bagi memproses serangga untuk dijadikan makanan ikan ternakan.

Beliau berkata kajian tersebut mengambil masa sehingga tiga tahun sebelum produk itu diberi kebenaran untuk dikomersialkan.

Mengenai kajian terhadap bambara groundnut, Ismail Sabri berkata beliau telah menyarankan CFFRC membuat kajian pasaran bagi mengetahui keuntungan yang bakal diperoleh petani jika kementerian memperluaskan penanamannya kepada pihak berkenaan.

Beliau juga berpuas hati dengan jenis penyelidikan yang dijalankan CFFRC dan percaya jika mencapai apa yang dimatlamatkan beliau percaya kajian saintifik yang dibuat boleh menguntungkan para petani dan kerajaan untuk jangka masa panjang.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.