Kiriman pada: Thu, Mar 26th, 2015

Kajian Impak CBP Terhadap Penjawat Awam Bermula Julai

Kongsi maklumat ini
Tags

HasmaPutrajaya – Kerajaan akan mengkaji impak Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) terhadap penjawat awam termasuk dari segi gaji dan elaun bermula Julai ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan perlu melihat terlebih dahulu pelaksanaan CBP bermula 1 April ini untuk mengetahui impaknya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kerajaan tidak pernah ketepikan kepentingan penjawat awam, jadi jika ada hasil yang bertambah penjawat awam juga akan dapat menikmatinya.

“Antaranya dari segi kenaikan gaji atau elaun, tetapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk bincangkannya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-33 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita).

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus bagi menghadapi CBP.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.